01 March 2009

Sukan Tahunan SKKA 2009

Tarikh : 7 Mac 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Perasmi : YB En. Abdul Aziz b. Hj. Mat Kiram
( ADUN Kawasan Batu Talam )

Kehadiran semua ibu bapa/ penjaga dan penduduk sekitar adalah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Tahunan SKKA 2009 ini.

25 January 2009

Pengumuman


Blog SK Kuala Atok ini dalam proses pengubahsuaian semula.
Kami ingin memohon maaf atas kekurangan yang ada pada blog ini.
Semoga para pembaca bersabar dan setia menanti. Harap maklum.


Blogmaster.

15 January 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-17 2009
Tarikh : 29 Januari 2009 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SKKA
Kehadiran ibu bapa/ penjaga adalah diharapkan demi permuafakatan ibu bapa/ penjaga dan sekolah. Semoga dengan kehadiran ibu bapa/ penjaga dapat mengukuhkan lagi PIBG SKKA.

01 January 2009

Selamat Datang 2009

Setiap kali tiba tahun baru, soalan yang lazim dikemukakan; apa azam baru anda? Setiap tahun soalan yang sama diajukan. Apakah azam hanya boleh dibuat setiap kali tahun baru menjelma? Bagaimana dengan azam tahun sebelumnya? Tidak hairan sekiranya ada di kalangan kita yang membuat azam untuk menunaikan azam yang lalu. Terpulang kepada anda. Dalam masa yang sama, marilah kita merenung peristiwa yang telah kita lalui sepanjang tahun lalu. Mana yang baik dijadikan teladan dan mana yang tak elok dijadikan sempadan. Doakan mereka yang telah pergi, dan sayangilah mereka yang masih ada kerana hidup ini singkat sahaja. Hargai dan sayangilah diri anda dan keluarga sementara diberi kesempatan ini. Jadilah manusia yang baik, lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Selamat Tahun Baru!