01 January 2009

Selamat Datang 2009

Setiap kali tiba tahun baru, soalan yang lazim dikemukakan; apa azam baru anda? Setiap tahun soalan yang sama diajukan. Apakah azam hanya boleh dibuat setiap kali tahun baru menjelma? Bagaimana dengan azam tahun sebelumnya? Tidak hairan sekiranya ada di kalangan kita yang membuat azam untuk menunaikan azam yang lalu. Terpulang kepada anda. Dalam masa yang sama, marilah kita merenung peristiwa yang telah kita lalui sepanjang tahun lalu. Mana yang baik dijadikan teladan dan mana yang tak elok dijadikan sempadan. Doakan mereka yang telah pergi, dan sayangilah mereka yang masih ada kerana hidup ini singkat sahaja. Hargai dan sayangilah diri anda dan keluarga sementara diberi kesempatan ini. Jadilah manusia yang baik, lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Selamat Tahun Baru!

No comments: