18 November 2008

Selamat Bercuti- Jagalah Keselamatan Diri



Mungkin agak terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid SKKA memandangkan cuti sudahpun bermula. Namun, apa yang hendak ditekankan di sini adalah berkaitan keselamatan diri di musim cuti sekolah ini. Jangan kerana terlalu seronok bercuti sehingga duka menyapa kita. Jangan membuat aktiviti yang boleh membahayakan nyawa sendiri. Buatlah aktiviti yang berfaedah terutamanya kepada bakal calon UPSR tahun depan. Ingatlah bahawa dalam kita seronok bercuti ini, kita masih ada tanggungjawab yang perlu digalas pada masa-masa yang mendatang. Kepada murid tahun enam 2008, terima kasih diucapkan atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang enam tahun di SKKA. Berat hati melepaskan mereka pergi memandangkan mereka membesar di depan mata para guru selama enam tahun ini. Pun begitu, hukum alam perlu dipatuhi. Tuntutan masa dan waktu tidak boleh dielak. Selamat berjaya kepada mereka. Apapun, selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SK Kuala Atok. Sekolah akan bercuti mulai 14 November 2008 - 4 Januari 2009.

1 comment:

Anonymous said...

Saya pernah mengajar di SK Kuala Atok dari 1990 hingga 1995. Saya guru muzik beredar...
Pada Hishammuddin b. Lan... Woiii Hisham lama benor ko kat sana....

dari Nor Azman B. Mohammed